Anggota KD Perantau Yang Hilang Dijumpai Tertidur di Dalam Kapal?

TULAR:

PENJELASAN :

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang kru KD Perantau yang hilang kini telah dijumpai tertidur di satu bahagian dalam kapal tersebut, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob, berita itu tidak benar dan beliau kesal kerana mereka telah berusaha gigih untuk mencari mangsa tetapi ada orang yang mempermainkan kononnya anggota tersebut telah dijumpai.

Abdul Rahman berkata,”Sebelum mengumumkan dia tiada di kapal, kita telah menggeledah seluruh kapal. Memang tidak ditemui dan kesimpulannya dia memang tiada di dalam kapal seperti yang tular di laman sosial.

 

SUMBER :

MStar

Sinar Harian