Penjelasan Berkenaan Laporan Berita Berkaitan Tidak Boleh Perbaharui Pasport Kerana Tidak Boleh Berbahasa Melayu

TULAR:
339

Menurut Kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):

JIM merujuk kepada laporan media massa yang disiarkan pada 22 April 2024 berkaitan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Jabatan ingin memaklumkan bahawa pelanggan tersebut telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April 2024. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa, pegawai-pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Namun demikian, pegawai-pegawai Imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan. Walau bagaimanapun, semakan ini perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

SUMBER:

Facebook Rasmi JIM

X Rasmi JIM

Instagram Rasmi JIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI