Penjelasan Berhubung Poster Amaran Siber Pandemik

TULAR:
3440

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC mendapati telah tular satu poster berhubung amaran berlakunya siber pandemik yang dikaitkan dengan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi WhatsApp selama hampir enam (6) jam sejak semalam (Isnin, 4 Oktober 2021).

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Facebook di pautan https://engineering.fb.com/2021/10/04/networking-traffic/outage/ , pihak mereka menjelaskan bahawa gangguan teknikal terhadap perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp yang berlaku adalah berpunca daripada perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka.

Pihak MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC

Twitter Rasmi MCMC

Harian Metro

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI