Penjelasan Berhubung Statistik Mengatakan Klang Sebagai Bandar Paling Tidak Selamat Di Asia Tenggara

TULAR:
1219

Menurut kenyataan media Polis Kontinjen Selangor:

Pihak Polis Kontinjen Selangor ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita yang disiarkan oleh sebuah laman sesawang yang mendakwa Klang, Selangor sebagai bandar paling tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

Maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh Numbeo, berkaitan indeks jenayah (crime index) dan indeks keselamatan (safety index) tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya. Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang, Selangor.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor mulai dari 1 Januari sehingga 30 September 2021, bagi jenayah kekerasan di daerah Klang telah melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes atau bersamaan dengan 6%. Sementara itu, bagi jenayah harta benda pula, untuk tempoh yang sama telah berada di bawah nilai ambang iaitu 195.44 kes atau bersamaan dengan 13%. Secara keseluruhannya, sepanjang tempoh tersebut daerah Klang berada di bawah nilai ambang iaitu sebanyak 163.68 kes atau bersamaan dengan 8%.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh laman sesawang tersebut kerana ianya tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar kejadian jenayah yang berlaku di daerah Klang, Selangor.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Selangor
Harian Metro
Berita Harian
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI