Kejadian Culik di Kota Damansara?

TULAR:

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kejadian culik membabitkan seorang kanak-kanak di Kota Damansara.

Sumber gambar: Harian Metro.

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, tiada sebarang kejadian seumpama demikian berlaku.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.”Bagaimanapun polis tetap mengambil perhatian dan tindakan wajar atas maklumat yang tular ini. Kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, tampil membuat laporan,” katanya.

SUMBER :

Harian Metro