Waspada Sindiket Penipuan Pelaburan Yang Menggunakan Nama, Logo & Nama CEO PETRONAS.

TULAR:
135

Menurut Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS):

PETRONAS mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Menurut mesej tersebut termasuk laporan berita palsu kononnya daripada The Star bertajuk “Special report: Petronas opens joint investment platform with government support!” mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).

Laporan tersebut turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu, pihak pengurusan PETRONAS menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada PETRONAS dan menggesa orang ramai supaya tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi PETRONAS

Laman sesawang Rasmi PETRONAS

Berita Harian

Bernama

Astro Awani

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI