Sekolah Arah Murid Bercuti Akibat Ketiadaan Guru?

TULAR:

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan memperjelaskan laporan bahawa terdapat sekolah yang memberi notis bercuti 2 hari bagi segelintir murid-muridnya kerana guru bertugas terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya di luar kawasan sekolah, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar :Facebook

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, pemberitahuan untuk ‘merehatkan’ murid atas alasan guru bertugas di luar kawasan sekolah seperti yang dikeluarkan sebuah sekolah di Ampang, Selangor bukan arahan kementerian.

Beliau berkata penglibatan guru dalam taklimat seperti dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah biasa dan tidak memerlukan murid direhatkan.“Kita akan lakukan siasatan dalaman tetapi yang pasti arahan sebegitu tidak boleh dibuat sama sekali,” katanya.

Mahdzir berkata kebiasaannya sekolah hanya perlu melaporkan hal itu kepada PPD dan ketiadaan guru terbabit bagi kelas pengajarannya perlu diganti oleh guru lain. “Jadi, pemberitahuan bahawa murid direhatkan dua hari adalah tidak betul dan menyalahi praktis yang diamalkan sejak sekian lama,” katanya.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Berita Nasional RTM