Penjelasan Tentang Jadual Yang Bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-Bentuk Hukuman Yang Dilarang”

TULAR:
4307

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada kenyataan di portal media bertarikh 21 November 2021 bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.”

KPM tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” seperti yang tular di media sosial. Tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut:

  1. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959;
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran;
  3. SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah;
  4. SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin;
  5. SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid; dan
  6. SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.

Sehubungan dengan itu, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan Garis Panduan dan SPI yang dinyatakan di atas.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM
Facebook Rasmi Menteri Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI