Waspada Panggilan Telefon Minta Tukar Pin ATM

TULAR:

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan SMS atau panggilan telefon yang kononnya daripada kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kad kredit atas nama penerima panggilan dan meminta mangsa melakukan transaksi wang ke dalam akaun tertentu.

Sumber gambar: Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima laporan bahawa seorang penjawat awam yang lesap wangnya selepas diperdaya individu menyamar sebagai kakitangan BNM yang memintanya melakukan prosedur tertentu kononnya bagi menukar nombor pin di ATM. Malangnya, ianya merupakan prosedur bagi pemindahan wang ke akaun lain.

Menurut Mohamed Zulmazi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang SMS atau panggilan telefon yang meragukan bagi mengelak diperdaya,” katanya.

SUMBER :

Harian Metro