40 Pesakit Mati di Hospital Kuala Krai Kerana Ketiadaan Oksigen?

TULAR:
286

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa 40 orang telah meninggal dunia di Hospital Kuala Krai akibat ketiadaan oksigen.

Gambar Hiasan. Sumber: WhatsApp.

SEBENARNYA :

Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar luas melalui whatsapp itu.

“Saya ingin membuat penafian dalam media sosial yang mengatakan bahawa ada 40 mayat yang bergelimpangan di Kuala Krai akibat kekurangan oksigen & kekangan peralatan hospital. Saya ingin membuat penafian bahawa setakat hari ke-6, tiada satu kematian pun di Hospital Kuala Krai!”, tegas Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin.

Selain itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI