TULAR:
2710

PALSU: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), sehingga hari ini tiada kes dilaporkan di kawasan tersebut.

SEBENARNYA:

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) ingin menasihati persatuan penduduk untuk tidak mengeluarkan nasihat mengenai COVID-19 tanpa mendapat maklumat yang sahih dari pihak berkuasa.
Ini boleh menimbulkan situasi panik atau kebimbangan di kalangan penduduk dan menyukarkan pihak kesihatan menjalankan tugas dengan tenang.

Di samping itu terdapat maklumat yang tidak betul yang boleh menimbulkan tindakan yang tidak sepatutnya iaitu:-

a) Jabatan kesihatan tidak pernah mengeluarkan kenyataaan padang permainan tidak boleh di kunjungi buat masa ini.

b) Penggunaan penutup hidung hanya disarankan kepada mereka yang mempunyai tanda – tanda seperti batuk , selsema dan sakit tekak. Fungsi utama adalah untuk menghalang jangkitan COVID-19 malahan boleh menyumbang kepada risiko jangkitan apabila seseorang yang memakainya leka tentang tindakan pencegahan yang sepatutnya seperti kebersihan diri dan menjauhi dari mereka yang sakit

c) Pihak komuniti boleh melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat sekiranya ada keraguan berkaitan degan COVID-19 bagi mendapatkan kepastian yang jelas berkenaan dengan penyakit tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI