Agen­si Pelancongan Perlu Miliki Lesen Khas Umrah Bagi Kendalikan Pakej Umrah?

TULAR:
361

PENJELASAN :

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) memperjelaskan laporan bahawa berkuatkuasa 03 Oktober 2017, semua agensi pelancongan yang menjual dan mengendalikan pakej Umrah atau Ziarah perlu memiliki Lesen Khas Umrah (LKU).

Sumber gambar: Facebook.

Menurut MOTAC, sehingga 6 Oktober 2017, jumlah keseluruhan syarikat yang memohon adalah sebanyak 132 syarikat, dengan kelulusan LKU setakat 6 Oktober 2017 berjumlah 58 syarikat.

Kementerian dengan ini menyeru kepada orang ramai agar tidak panik mahupun tergesa-gesa membuat sebarang tindakan pembatalan pakej Umrah yang telah dibeli memandangkan proses kelulusan lesen oleh pihak Kementerian masih dan sedang dijalankan ke atas baki 74 syarikat (data sehingga Jumaat, 06 Oktober 2017) yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian.

SUMBER :

Laman Sesawang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Utusan Malaysia

Astro Awani

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI