Sotong Di Terengganu Dicemari Virus?

TULAR:
1172

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan berlakunya lambakan sotong di Pasar Besar Kuala Terengganu kerana orang ramai enggan membeli sotong yang kononnya dicemari dengan virus.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Perikanan negeri mengesahkan sotong yang dijual di negeri Terengganu selamat untuk dimakan dan tidak dicemari sebarang virus sebagaimana tular di media sosial.

Pengarahnya, Zawawi Ali berkata, dakwaan kononnya berlaku lambakan di pasar di daerah tersebut kerana orang ramai enggan membeli tidak berasas sama sekali, dan berita yang disebarkan hanya fitnah untuk meresahkan penjual serta pengguna.

Menurut beliau, ujian makmal oleh Unit Biosekuriti jabatan membuktikan hasil laut tersebut bebas daripada pencemaran berdasarkan sampel-sampel yang diambil di beberapa pasar utama.

 

SUMBER : 

Utusan Online 

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI