WASPADA :
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan menyamun mangsa.
Pihak TNB menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB berikutan kes warga emas yang disamun di rumahnya, oleh penjenayah yang menyamar sebagai pekerja TNB.
Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman (TNB), Datuk Omar Sidek berkata anggota kerja TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas.
SUMBER :