Anggota Polis Bertindak Kasar Terhadap Seorang Awam Di Hadapan Sebuah Bank Di Pekan Bahau?

TULAR:
1209

PALSU:

Tular di media sosial satu klip video yang mendakwa kononnya anggota polis bertindak kasar terhadap seorang awam yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Bahau, Negeri Sembilan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anggota polis bertindak kasar terhadap individu yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Bahau.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim, beliau telah menonton rakaman video insiden itu yang tular di media sosial dan siasatan lanjut pihaknya mendapati pemilik kenderaan tersebut sebenarnya berada dalam keadaan mabuk.

Kata beliau, anggota polis terlibat langsung tidak menyentuh lelaki yang didakwa menjadi mangsa kekerasan polis tersebut, sebaliknya cuma menasihatinya supaya tidak memandu semasa sedang mabuk.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI