Ayam Di Pasar Raya Bebas Daripada Jangkitan COVID-19

TULAR:
5248

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (JPVP):

Orang ramai tidak perlu panik atau bimbang dengan berita tular di media sosial mendakwa ayam yang dibeli di pasar raya menjadi `ejen’ pembawa virus Covid-19 dan boleh membahayakan nyawa.

Ini berdasarkan kenyataan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Putrajaya (JPVP) pada 9 Mei lalu, menjelaskan bahawa ayam ternakan tidak boleh dijangkiti virus Covid-19, walaupun pekerja kilang berkenaan atau mereka yang mengurus atau memproses ayam mempunyai kontak Covid-19.

Jurucakap jabatan itu berkata, virus covid-19 juga tidak mampu bertahan lama pada daging ayam sekiranya pekerja syarikat ayam terbabit disahkan positif Covid-19.

Katanya, dalam proses penyembelihan dan pemprosesan yang dilakukan terhadap ayam, virus Covid-19 yang mungkin ada pada ayam akan mati dan ayam berkenaan selamat dimakan.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI