Klip Video Tular Seorang Remaja Warga Rohingya Meminta Sedekah Di Batu Tiga Adalah Video Lama Pada Tahun 2017

TULAR:
13096

Polis mengesahkan video tular mengenai seorang remaja dipercayai warga Rohingya cuba membuka pintu kereta pemandu wanita di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga di sini merupakan video lama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata rakaman video tersebut diambil pada 7 Mei 2017.

“Video tersebut merupakan video lama dan kes telah selesai.

“Pemantauan dijalankan mendapati tiada lagi aktiviti mengemis di lokasi tersebut.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI