Dakwaan Pergerakan Dalam Sarawak Tidak Perlu Surat Kebenaran Daripada Pihak Polis Adalah Tidak Benar

TULAR:
1899

SEBENARNYA:

Sarawak masih menguatkuasakan larangan pergerakan antara daerah dan polis, selain akan terus mengadakan sekatan jalan raya di sempadan daerah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata berikutan keputusan itu, orang ramai masih perlu memohon kebenaran polis untuk pergerakan antara daerah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, langkah itu diambil untuk meminimumkan pergerakan orang ramai dari kawasan zon merah dan kuning ke zon hijau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata Sarawak diberi pengecualian dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila pergerakan antara daerah dikawal dan masih memerlukan kebenaran polis.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI