Banjir Besar Melanda Kawasan Gemang, Sungai Satan Dan Ayer Lanas Di Jeli?

TULAR:
1151

PENJELASAN :

Jabatan Bomba Jeli memperjelaskan dakwaan bahawa kawasan Gemang serta Sungai Satan, Ayer Lanas, Jeli kononnya dilanda banjir besar sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Shahril Mohamad Sa’iad, kawasan Gemang serta Sungai Satan, Ayer Lanas, Jeli hanya mengalami banjir kilat akibat hujan lebat lebih tiga jam. Malah, ia mula surut semula selepas dua jam, menjelang tengah malam 27 September 2017.

Katanya lagi, pihak mereka tidak menerima panggilan kecemasan daripada mana-mana penduduk dan keadaan selamat.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI