Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Yang Ditularkan Adalah Borang Belum Muktamad

TULAR:
18561

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada berita yang tular melalui media sosial mengenai borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19. KKM ingin memaklumkan bahawa borang yang telah disebarkan adalah BUKAN MERUPAKAN BORANG PERSETUJUAN YANG MUKTAMAD yang akan digunapakai dalam pemberian suntikan vaksin COVID-19.

Untuk makluman, pemberian suntikan vaksin COVID-19 adalah untuk memberikan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 serta mengurangkan kesan seseorang mendapat penyakit tersebut. Memandangkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 adalah secara sukarela, maka borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 adalah dokumen yang digunakan untuk diberi kepada penerima vaksin bagi mereka menyatakan persetujuan penerimaan vaksin dengan rela hati.

Borang persetujuan juga digunakan di negara-negara lain yang melaksanakan Program Imunisasi COVID-19. Penerimaan vaksin ini adalah secara opt-in di mana penerima vaksin yang bersetuju untuk menerima vaksin perlu menandatangani borang ini. Kandungan di dalam borang persetujuan ini adalah untuk memastikan bahawa penerima vaksin memahami sepenuhnya apa yang telah dibaca atau diterangkan oleh anggota kesihatan mengenai manfaat dan risiko vaksin.

Semua vaksin yang akan memasuki Malaysia akan dinilai terlebih dahulu daripada segi kualiti, keberkesanan dan keselamatannya oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Selain daripada itu, melalui pelaporan yang diperolehi dari negara-negara yang telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19, vaksin ini adalah selamat digunakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Ketua Pengarah KKM
Facebook Rasmi KKM
Laman Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI