Bumi Bakal Bergelap Selama 15 Hari Pada November 2015?

TULAR:
252

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Pihak NASA telah mengesahkan bahawa Bumi akan bergelap selama 15 hari pada November 2015.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan kononnya Bumi akan bergelap selama 15 hari bermula 15 sehingga 29 November 2015 seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika itu.

Semakan daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau ‘Conjunction’ adalah normal.

SUMBER : 

Facebook Agensi Angkasa Negara

Laman Rasmi Planetarium Negara

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI