
PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa penggunaan bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kulit dalam operasi pembenihan awan.
Sumber gambar : Whatsapp
SEBENARNYA :
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) menafikan penggunaan bahan kimia berbahaya dalam operasi pembenihan awan seperti yang disebar luas melalui laman sosial .
Bahan-bahan yang digunakan untuk pembenihan awan ialah natrium klorida iaitu garam masakan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Garam ini adalah selamat dan tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan terhadap kesihatan mahupun alam sekitar.
SUMBER :
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)