Coklat Jenama Pepero Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
19515
stick with chocolate glaze on a white background

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan semula isu yang dikitar semula berkenaan status halal coklat jenama Pepero.

Versi Terkini. Tular: November 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2017

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM:

Untuk makluman, coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF)

Kedua-duanya merupakan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI