Pelajar Cemerlang Tidak Dibenarkan Menduduki SPM?

TULAR:
1141

PALSU:

Tular di media sosial sebuah laporan yang mendakwa bahawa seorang pelajar cemerlang tidak dibenarkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan laporan itu tidak tepat sama sekali.

Pelajar yang disebutkan dalam laporan itu telah didaftarkan untuk mengambil peperiksaan SPM 2018, malah slip menduduki peperiksaan juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan sebagai pengesahan kelayakan menduduki peperiksaan. Maka, tiada isu pelajar berketurunan Kemboja terbabit tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Syarat kelayakan pendaftaran peperiksaan SPM yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan juga membenarkan mana-mana pelajar Tingkatan Lima yang bersekolah dan telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari pada tahun peperiksaan didaftarkan dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM walaupun pelajar tidak mempunyai kad pengenalan. Sistem akan menjana satu nombor pengenalan diri bagi calon yang tidak mempunyai kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran. Semasa peperiksaan berlangsung, calon boleh mengemukakan mana-mana dokumen pengenalan diri bergambar kepada Ketua Pengawas Peperiksaan seperti pasport, lesen memandu atau Borang LP/Am 118-Borang Pengenalan Diri Calon yang disediakan oleh pihak sekolah.

Oleh itu, isu pelajar terbabit tidak boleh mengambil peperiksaan tidak timbul sama sekali.

Pihak sekolah telah mengadakan pertemuan dengan penjaga dan pelajar terbabit dan telah menjelaskan bahawa pelajar terbabit boleh menduduki peperiksaan yang akan bermula 13 November 2018.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI