Wabak Influenza Menular Di Kuala Lumpur?

TULAR:
1545

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak Influenza menular di Kuala Lumpur.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) mengesahkan bahawa satu kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung kejadian wabak Influenza yang sedang berlaku di Kuala Lumpur adalah tidak benar.

Pemantauan dan siasatan dari pihak JKWPKL&P mendapati tiada wabak atau kluster influenza yang dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur pada ketika ini. Wabak yang berlaku pula telah dilaporkan berakhir beberapa bulan yang lalu manakala tren jangkitan bagi gejala “influenza-like illness” yang dilaporkan oleh fasiliti kesihatan secara berkala (harian dan mingguan) juga menunjukkan tren penurunan.

Influenza adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Influenza dan berlaku sepanjang tahun di Malaysia. Jangkitan virus Influenza mudah tersebar melalui titisan cecair dari mulut atau hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Pesakit akan mengalami gejala demam yang tinggi, batuk dan selsema dan kebiasaannya akan sembuh dalam masa 7 hari.

Pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) sentiasa memantau penyakit ini melalui laporan harian dan mingguan dari setiap klinik kesihatan dan klinik sentinel.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI