Sekumpulan Pengunjung Berkelakuan Tidak Senonoh Di Pantai Batu 9, Port Dickson?

TULAR:
812
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial satu gambar yang memaparkan aktiviti dan kelakuan tidak senonoh oleh sekumpulan pengunjung, yang didakwa kononnya berlaku di pantai Batu 9, Port Dickson.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan kesahihan gambar tular yang memaparkan aktiviti dan kelakuan tidak senonoh sekumpulan pengunjung didakwa berlaku di pantai Batu 9.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, sebaliknya berkata gambar itu adalah kejadian berlaku di pantai Pulau Pinang beberapa tahun lepas.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson setakat ini tidak menerima apa-apa aduan daripada NGO (badan bukan kerajaan) atau orang awam berkaitan kejadian tersebut. Pihak kami mengalu-alukan kepada orang ramai tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sekiranya kejadian seumpama itu berlaku di daerah Port Dickson.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI