Dakwaan Bahawa HPSF, Muar Akan Menerima Seramai 200 Orang Pesakit COVID-19 Dari Kesang Adalah Tidak Benar

TULAR:
923

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF):

Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar menafikan bahawa pihaknya akan menerima 200 pesakit COVID-19 dari Kesang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Untuk makluman, Dewan Serbaguna yang telah diubah kepada Wad COVID-19 adalah bagi menampung keperluan sementara jika terdapat kes-kes positif COVID-19 bagi tahap 1 dan 2.

Justeru itu, orang ramai diminta untuk menghentikan sebarang penyebaran mesej yang tidak sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi HPSF
Facebook Rasmi JKN Johor
Kosmo
Berita Harian
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI