Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20-an Akibat COVID-19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar

TULAR:
3659

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Pahang:

Sehingga 30 Mei 2021, tiada kematian akibat COVID-19 di negeri Pahang melibatkan lelaki Cina berumur 20 tahun dan tinggal di Taman Tas, Kuantan. Terdapat keseluruhan 58 kematian dilaporkan akibat COVID-19 di negeri Pahang. Kematian termuda di negeri Pahang melibatkan lelaki India berumur 23 tahun. Manakala, kematian termuda melibatkan kaum Cina di negeri Pahang adalah lelaki yang berumur 30 tahun dan tinggal di Seri Damai Perdana, Kuantan.

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan juga tidak menerima sebarang kes kematian melibatkan individu berumur 20 an. Untuk minggu ini, hanya satu kes Brought in Dead (BID) yang diterima oleh HTAA iaitu kes dari Raub. Semakan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang juga mendapati tiada kes BID yang dilaporkan pada hari ini melibatkan mana-mana daerah di negeri Pahang.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menasihatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan berita yang tidak diketahui kesahihannya kerana boleh menimbulkan keadaan panic dalam kalangan masyarakat di Pahang.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI