Dakwaan KKM Memperakukan Produk Stokin Yang Mampu Melindungi Dan Meningkatkan Kesihatan Adalah Tidak Benar

TULAR:
532

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM mengambil perhatian serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan stokin yang mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan nama KKM dan menyatakan bahawa “KKM berjanji untuk membayar balik jika ia tidak berkesan!”. Ini boleh mengundang kepada kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM tidak pernah memperakukan produk tersebut.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat tersebut, berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran produk yang boleh menarik minat serta emosi dengan menyemak fakta dan maklumat di platform yang dipercayai.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI