Maklumat Mengenai STR Tambahan Sebanyak RM600 Adalah Tidak Benar

TULAR:
831

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 adalah palsu.

Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita sebegini di Telegram.

STR Fasa 3 telah disalurkan pada 26 Jun 2023. Bagi memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023. Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sila layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI