Dakwaan Bantuan Kematian KWSP Kepada Waris Sebanyak RM5,000 Adalah Tidak Benar

TULAR:
550

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

Bantuan kematian merupakan bayaran yang dibuat atas budi bicara KWSP sebagai tanda simpati KWSP kepada waris terdekat ahli.

Bayaran sebanyak RM2,500 akan dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Ahli adalah Warganegara Malaysia
  2. Ahli belum mencapai umur 60 tahun semasa kematian
  3. Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli
  4. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Pihak KWSP mengingatkan orang ramai untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://bitly.ws/Kp2v.

SUMBER:

Facebook Rasmi KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI