Dakwaan Terdapat Peraturan Komunikasi Baharu Oleh Kerajaan Adalah Tidak Benar

TULAR:
25171

SEBENARNYA:

Tular di media sosial berkenaan mesej kononnya terdapat peraturan komunikasi baharu oleh pihak Kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan dan memantau semua rangkaian media sosial dan forum.

Antara mesej yang tular tersebut adalah seperti:
‘Semua panggilan dirakam (All calls are recorded), Whatsapp dipantau (WhatsApp is monitored), Twitter dipantau (Twitter is monitored), Facebook dipantau (Facebook is monitored)’.

Dari hasil penelitian dan semakan yang di buat, MCMC mendapati bahawa mesej yang tular tersebut adalah tidak benar.

Mesej tersebut didapati telah mula tular pada tahun 2017 di beberapa negara seperti Ghana, UAE, India dan juga Singapura.

Ia disahkan oleh beberapa laman termasuk laman semak fakta di India, factcrescendo.com , check4spam.com dan akhbar ‘International Business Times (India)’, ‘The Independent Singapore’. Mesej tersebut didapati diubah sedikit dari semasa ke semasa namun, kandungan mesej masih sama.

Berkaitan dengan isu yang sama, pihak Kerajaan pada tahun 2015, 2017 dan 2019 melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) juga telah menafikan perkara seumpamanya. Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:

  1. MCMC Pantau, Intip Kandungan Mesej WhatsApp?
  2. Pihak Berkuasa Rakam Dan Pantau Panggilan Telefon, Perbualan Media Sosial, Dan Nombor IMEI Rakyat Malaysia?
  3. MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mesej yang seumpamanya.

SUMBER:

Fact Crescendo
International Business Times
Check4Spam
The Independent Singapore


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI