Pihak Berkuasa Rakam Dan Pantau Panggilan Telefon, Perbualan Media Sosial, Dan Nombor IMEI Rakyat Malaysia?

TULAR:
34717

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.

Mesej tersebut turut mendakwa kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau telefon mudah alih rakyat Malaysia melalui nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI).

Mesej yang serupa pernah tular pada tahun 2015, awal tahun 2017 dan 2018 yang lalu.

Kandungan mesej terkini yang tular tersebut adalah seperti berikut:

Kementerian Dalam Negeri

Mulai esok ada peraturan komunikasi baru.
Semua panggilan direkodkan
Semua rakaman panggilan telefon yang disimpan
Whatsapp dipantau
Twitter dipantau
Facebook dipantau
Semua media sosial dan forum dipantau


Maklumkan kepada mereka yang tidak tahu.
peranti anda disambungkan ke sistem kementerian.
Pastikan anda tidak menghantar mesej yang tidak perlu.
Maklumkan kepada anak-anak anda mengenai ini dan untuk menjaga.
Amaran dari MCMC kpd Whatsapp Grup

Harap maklum bahawa setiap posting didlm grup whatsapp adalah dipantau oleh pihak MCMC 24jam sehari.

Pastikan TIADA posting yg melibatkan:
1. Ancaman kpd Ugama Islam.
2. Ancaman kpd Raja Raja Melayu Islam.
3. Ancaman kpd undang2 & keselamatan Negara Malaysia.
4. Tiada gambar EDIT terhadap pemimpin negara, lambang negara atau individu.
5. Tidak mereka-reka berita palsu.


INGAT!!!
Posting TANPA fakta dari sumber yg sah, akan menyebabkan Admin Grup akan ditahan polis utk siasatan TANPA NOTIS.

Saya mohon kerjasama semua AHLI Group utk mematuhi etika ber-whatsapp khususnya dalam grup ini

Terimakasih & Wassalam.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia [MCMC],

SILA AMBIL PERHATIAN SEMUA…​​


​​​Tolong check telefon anda sekarang. Cuba tekan *#06# . ​​​
​​​Jika keluar no IMEI sahaja,telefon anda selamat. ​​​
​​​Jika keluar IMEI-01,telefon anda dipantau oleh PDRM. ​​​
​​​Jika keluar IMEI-02,telefon anda dipantau oleh SPRM.​​​ ​​​Hati2 bila anda semua post gambar2, edit gambar yg melibatkan pemimpin negara apatah lagi penjawat awam kerana setiap no hp baru dan lama secara automatik di imbas oleh pihak SKMM…​​​ ​​​Bagi memantau post2 yg melibatkan pemimpin negara yg telah di edit dan jika disahkan terlibat, anda akan di dakwa di mahkamah…


Tolong berhati2 ya!!!

​​#Hantar ke group yg lain…

Versi Terdahulu – Tular: November 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu – Tular: April 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu Tular: Februari 2018

Sumber gambar: WhatsApp

Versi Terdahulu – Tular: September 2017

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

Pihak PDRM, pada 6 Mac 2015 telah mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya pada 14 April 2017 telah menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga dalam kenyataannya pada 30 April 2017 telah menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian.

SUMBER:

Laman Rasmi Polis Diraja Malaysia

Laman Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri

Laman Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI