Pemandu Teksi/E-Hailing Yang Penuhi Syarat Boleh Daftar Lesen Vokasional (PSV) Bermula 1 April 2019

TULAR:
1714

PENJELASAN:

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memperjelaskan pelaksanaan peraturan E-hailing, berhubung pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan Teksi/e-hailing yang memenuhi syarat memohon Lesen Vokasional (PSV – Teksi/E-hailing) boleh mendaftar bermula 1 April 2019 di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu E-hailing Operator (eHO) yang diiktiraf oleh JPJ.

Gambar hiasan. Sumber: Wikipedia

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Modul latihan Lesen Vokasional (PSV – Teksi / E-hailing) yang terlibat adalah selama 6 jam dengan kadar yuran siling yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM200.00.

Pelaksanaan ini adalah melibatkan pemandu dan kenderaan e-hailing yang bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan awam. Dalam hubungan ini, pemandu kenderaan e-hailing adalah setara dengan pemandu kenderaan perkhidmatan Teksi/ Kereta Sewa/ Teksi Mewah. Oleh yang demikian, mana-mana pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing hendaklah memiliki Lesen Vokasional (PSV – Teksi / E-hailing) seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Bentuk fizikal lesen vokasional yang baharu akan dikeluarkan dan dicetak kepada pemandu yang berjaya dilesenkan. Pemandu teksi sedia ada yang telah dilesenkan dengan Lesen Vokasional
(PSV – Teksi ) akan dikemaskini kepada bentuk fizikal baharu semasa pemegang lesen memandu membuat pembaharuan Lesen Vokasional (PSV).

Sementara itu, kenderaan yang digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan e-hailing yang usianya kurang daripada 3 tahun hendaklah menjalani proses tukar kegunaan dari Kenderaan Persendirian Individu kepada Kenderaan Persendirian e-hailing. Perkara ini adalah selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 12(3) dan Seksyen 12(4) APJ 1987.

Permohonan boleh dikemukakan oleh pemandu e-hailing atau pembawa dokumen di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan di seluruh Malaysia kecuali UTC bermula 1 April 2019.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI