Penjelasan Berkenaan Cadangan Pengeluaran Pasca Persaraan Berkala KWSP

TULAR:
661

Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam berkongsi informasi yang belum pasti kesahihannya.

Menurut KWSP, tarikh kuat kuasa cadangan ‘Pengeluaran Pasca Persaraan Berkala KWSP’ belum ditentukan. KWSP telah menyatakan penguatkuasaan akan melibatkan penggantian generasi. Ini bermakna kaedah ini hanya akan diguna pakai untuk ahli baharu sahaja dan masih secara sukarela untuk ahli semasa.

Manakala, mekanisme yang digunakan umpama pencen. Dimana kebanyakan negara lain telah beralih kepada mekanisme ini, termasuk Singapura. Segelintir negara yang masih membenarkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim seumpama pencen di peringkat nasional.

Semak dulu sebelum sebar! Dapatkan informasi sahih hanya melalui media sosial dan laman web rasmi KWSP.

SUMBER:

Facebook Rasmi KWSP
Twitter Rasmi KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI