Dakwaan Kononnya Klinik Kesihatan Sekitar Seremban Tutup Kerana COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
828

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan:

Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk kepada satu berita yang ditularkan melalui aplikasi Facebook dan WhatsApp pada 12 Mac 2020 berkenaan penutupan klinik-klinik kesihatan di sekitar Seremban disebabkan oleh pesakit jangkitan Coronavirus 2019 (COVID-19). Adalah dimaklumkan bahawa tiada penutupan klinik dilakukan di klinik kesihatan di sekitar Seremban.

Untuk makluman, terdapat klinik-klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi pesakit yang disyaki COVID-19/ Aktiviti disinfeksi adalah amalan rutin yang dijalankan di semua fasiliti kesihatan untuk mencegah jangkitan silang kepada pesakit lain dan anggota kesihatan. Justeri, semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI