Dakwaan Kononnya Terdapat 30 Kes COVID-19 Di Durian Burung, Kuala Terengganu Adalah Palsu

TULAR:
1082

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin merujuk kepada satu kenyataan yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan kononnya terdapat 30 kes COVID-19 di Durian Burung, Kuala Terengganu berpunca daripada majlis tahlil kematian dan 30 orang ahli keluarga telah dikuarantin di Chendering.

Pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 3 April 2020, tiada kes COVID-19 yang dikesan di Kg Durian Burung, Kuala Terengganu.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKNT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI