Seorang Lelaki Meninggikan Suara Kepada Anggota Polis Ketika Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya Di Seri Kembangan

TULAR:
6968

Menurut kenyataan Polis Daerah Serdang:

Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian (1) lelaki Cina telah ditahan bagi tujuan soal lanjut ekoran tujuan dan destinasi untuk dia keluar semasa PKP. Bagaimanapun lelaki tersebut marah dan meninggikan suara menyebabkan anggota yang bertugas terpaksa menasihati lelaki tersebut dengan nada tinggi. Bagaimanpun tiada sebarang tangkapan dibuat dan lelaki tersebut diarahkan untuk membuat pusingan semula setelah alasan yang diberikan tidak munasabah kerana ingin membeli makanan di kedai pilihannya sedagkan banyak lagi kedai yang berdekatan dibuka berhampiran kediamannya.

Dalam kenyataan susulan PDRM juga turut menjelaskan, setelah semua pihak yang terlibat dalam insiden ini diambil percakapan bagi membantu melengkapkan siasatan lanjut, adalah dimaklumkan tiada pelanggaran disiplin berlaku. Insiden itu hanya menggambarkan terdapat segelintir orang ramai yang masih tidak faham penguatkuasaan yang sedang dilaksanakan oleh pihak PDRM / ATM dengan lebih ketat.

Dengan itu juga diingatkan kepada orang ramai supaya terus mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa terutama di Daerah Serdang untuk memastikan kejayaan bersama memerangi ancaman COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Serdang (1)

Facebook Rasmi Polis Daerah Serdang (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI