Transaksi-Transaksi ‘Direct Debit’ Merupakan Transaksi Sah Pelanggan CIMB

TULAR:
2957

Menurut CIMB Malaysia, pihak mereka ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.

Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.

SUMBER:

Facebook Rasmi CIMB Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI