Dakwaan Penggunaan Termometer Inframerah Tanpa Sentuh Boleh Menyebabkan Kecederaan Kepada Otak Adalah Tidak Benar

TULAR:
3532

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang tular di laman sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada otak dan lebih spesifik kepada kelenjar pineal. Semasa pandemik COVID-19, termometer inframerah tanpa sentuh dan pengimbas haba telah digunakan secara meluas dan penting sebagai satu kaedah saringan dalam pengawalan wabak COVID-19.

Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi. Ia direkabentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik. Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan. Oleh kerana termometer inframerah tidak memancarkan radiasi berbahaya, ianya selamat untuk digunakan.

Pengukuran suhu badan dengan termometer inframerah biasanya dilakukan samada di permukaan kulit dahi atau di membran timpanik. Walaupun bacaan suhu di membran timpanik lebih tepat tetapi kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi. Terdapat juga kajian yang telah dilakukan untuk pengukuran suhu di pergelangan tangan. Walaubagaimanapun, bukti saintifik yang ada pada masa ini, tidak dapat memastikan ketepatan bacaannya.

Kajian yang dilaksanakan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer inframerah untuk mengukur suhu di dahi.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Laman Sesawang Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI