PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononnya ekonomi negara akan merudum dengan nilai ringgit akan menyusut dari bulan Mei sehingga September 2017.
SEBENARNYA :
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ekonomi negara akan merudum dengan nilai ringgit akan terus menyusut sehingga September 2017.
Beliau sebaliknya berkata, situasi ekonomi dunia pada masa ini berada dalam keadaan baik dan nilai ringgit bertambah kukuh.
Katanya, dakwaan tidak berasas itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.
SUMBER :