Dua Wanita Dicukur Kepala Akibat Mencuri?

TULAR:
842

PALSU:

Tular di media sosial sebuah video yang kononnya menunjukkan dua orang wanita India telah ditangkap mencuri di satu kedai Melayu dan sebagai hukuman kedua-dua mereka telah dicukur kepala.

Sumber gambar : The Malays Mail Online


SEBENARNYA :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran video menunjukkan dua wanita dicukur kepala mereka oleh sekumpulan lelaki kerana mencuri di kedai seorang peniaga yang menjadi tular di media sosial bukan berlaku di Malaysia.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata kejadian berkenaan berlaku di sekitar tahun lepas di Maracaibo, Venezuela.

SUMBER :

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI