MRT Corp Terlibat Dengan Rasuah Isu Roboh Pusat Beli-Belah Ampang Park?

TULAR:
339

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial bahawa syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) terlibat dengan rasuah bagi merobohkan pusat beli-belah Ampang Park.

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan semua dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu dan badan bukan kerajaan mengenai isu meroboh pusat beli-belah Ampang Park.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, kenyataan yang dibuat dengan menuduh MRT Corp terlibat dengan rasuah adalah tidak benar dan tidak berasas. Najmuddin juga meminta semua pihak yang membuat dakwaan itu agar tampil mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SUMBER:

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI