Kerajaan Negeri Sembilan Naikkan Cukai Taksiran?

TULAR:
1082

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku kenaikan cukai taksiran bagi penduduk di Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kerajaan Negeri Sembilan menafikan berlakunya kenaikan cukai taksiran bagi penduduk di Seremban seperti didakwa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Jalaluddin Alias berkata, sebaliknya apa yang berlaku ialah penilaian semula cukai taksiran premis kediaman oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di kawasan perumahan lama yang berusia 34 tahun, khususnya ke atas premis yang telah melakukan pengubahsuaian.

Beliau menjelaskan ia hanya melibatkan penambahan cukai taksiran terhadap premis yang telah diubah suai dan bukannya kenaikan cukai.

SUMBER:

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI