FRIM Menerima Bayaran Bagi Setiap Pokok Ditebang Untuk Pembangunan Lebuhraya Rawang Bypass?

TULAR:
1095

PENJELASAN :

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) memperjelaskan laporan bahawa mereka menerima RM50,000 bagi setiap pokok merawan kanching yang terkorban dalam pembangunan Lebuhraya Rawang Bypass bagi setiap pokok merawan kanching yang ditebang, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Dalam laporan yang dikongsi melalui facebook pada 1 Oktober 2017, FRIM dikatakan menerima RM50,000 bagi setiap pokok merawan kanching yang terkorban dalam pembangunan lebuhraya tersebut.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata, “Ingin diperbetulkan bahawa FRIM tidak menerima apa-apa bayaran seperti yang dinyatakan kerana Jajaran Lebuhraya berkenaan adalah melalui hutan di bawah jagaan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor,”.

Penglibatan FRIM hanyalah dari segi input saintifik dan teknikal berkaitan jenis-jenis pokok dan kekayaan biodiversiti di kawasan yang terlibat; dan dibentangkan juga oleh KP FRIM kepada Majlis Biodiversiti Negara pada tahun 2012.

SUMBER : 

Laman Rasmi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI