Raja Puan Besar Perak Mangkat?

TULAR:
1269

PENJELASAN :

Pejabat Menteri Besar Perak memperjelaskan laporan bahawa Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah mangkat pada 4 Oktober 2017, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir mengumumkan kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, melalui kenyataan teks perisytiharan kemangkatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.

“Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah telah mangkat pada pukul 5.07 petang, hari Selasa tarikh 3 Oktober 2017 Masihi bersamaan 12 Muharam 1439 Hijrah”

 

SUMBER:

Facebook Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir

Bernama

Berita Harian

Utusan Malaysia

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI