Saman Merokok di Kawasan Pasar Siti Khadijah Dikuatkuasakan?

TULAR:
754
Gambar hiasan. Sumber gambar : TOPSHOTS

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa saman merokok di kawasan Pasar Siti Khadijah telah dikuatkuasakan.

Sumber gambar: sinarharian.com.my

SEBENARNYA :

Kerajaan Negeri Kelantan menafikan kenyataan kononnya saman merokok di kawasan Pasar Siti Khadijah dan berhampirannya sudah pun dikuat kuasa sedangkan ia tidak benar, sebaliknya pendekatan pendidikan dilakukan.

Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, beliau yang mewakili Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Dr Ramli Mamat menyangkal tular tersebut.

Menurut beliau, “Kenyataan yang diviralkan itu tidak tepat dan tidak benar sama sekali, sebaliknya pihak kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 2014/2015 memperkenalkan program yang dinamakan Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR)”.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI