JAIPk Mengesahkan Ayam Segar Pasar Raya Di Perak Disembelih Mengikut Syariat

TULAR:
366

Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk):

JAIPk mengesahkan ayam segar di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar dekat sini, disembelih mengikut syariat sekali gus menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa ayam tersebut tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata siasatan segera ke premis terbabit turut mendapati tiga syarikat yang membekalkan ayam ke pasar raya itu juga disahkan mempunyai sijil halal.

Justeru beliau berkata pengguna Islam di negeri ini tidak perlu berasa was-was untuk membeli ayam di pasar raya termasuk di pasar raya tersebut kerana proses sembelihan adalah mengikut hukum syarak dan peraturan yang ditetapkan.

Terdahulu tular di laman Facebook seorang pengguna yang membeli ayam di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar mendakwa terdapat kesan tebukan di leher ayam sekali gus menyimpulkannya ia tidak halal.

SUMBER:

Bernama
Berita Harian
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI