JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Secret Recipe?

TULAR:
19367

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan kononnya pihak JAKIM telah menarik balik sijil halal premis makanan Secret Recipe.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Secret Recipe

Kemusykilan berkenaan status halal premis makanan Secret Recipe mula menjadi pertanyaan awam di media sosial berikutan dakwaan yang ditularkan melalui laman berita Astro Awani bertajuk “JAKIM tarik balik sijil halal Secret Recipe” pada 26 Mei 2015 lalu.

Untuk makluman pengguna, tular tersebut merupakan isu lama yang berlaku sekitar tahun 2015 dan kini premis makanan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI