Kadar Baru Saman JPJ Mulai Februari 2019?

TULAR:
6665

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat perubahan dalam kadar saman JPJ bermula dari Februari 2019.

Sumber Gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan JPJ,


Jabatan Pengangkutan Jalan ingin merujuk kepada mesej berkenaan Sebelum Duit Anda Melayang yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. JPJ ingin menegaskan bahasa mesej atau kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh JPJ serta ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

SUMBER:

Facebook JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI